MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI 1445H / 2024M

Terima kasih kerana menjadi penyokong dan menjadi pelanggan setia Q Bistro

Q Bistro berasa bangga melihat sambutan orang ramai yang terdiri daripada  masyarakat berbilang kaum dan pelanggan setia restoran itu yang begitu meriah.

Suasana yang sangat ceria itu memberikan gambaran bahawa kewujudan Q Bistro sangat bermakna terutamanya bagi penduduk di sekitar Taman Tun Dr Ismail  (TTDI), Kuala Lumpur.

Selain daripada menjadikan Majlis Rumah Terbuka itu sebagai acara tahunan, Q Bistro turut menyelitkan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan.

Semoga majlis kecil yang diadakan pada 24 April 2024 itu memberikan makna yang besar kepada individu yang memerlukan, sekali gus memperoleh keberkatan.

Sesungguhnya, Q Bistro berasa  gembira melihat gelagat para pelanggan seronok menikmati juadah yang dihidangkan. 🤩

#MajlisRumahTerbuka #HariRayaAidilfitri1445H/2024M #NasiKandarDelight #QBCulinaryExperience #LembahKlangEats #FlavorfulJourney #FreshlyCookedGoodness #QBCuisineAdventure #SedapnyaNasiKandar #FoodieFiesta #QBFreshFlavors #MustTryQBChefSpecials

RUMAH TERBUKA QBISTRO