Q BISTRO RAIKAN ANAK YATIM DARUL KIFAYAH

Q Bistro (Hajris Group), Adabi, dan F&N meraikan anak yatim 👳 👳 dari Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Darul Kifayah di Batu Caves, Kuala Lumpur pada majlis iftar di Dewan Al-Qaradawi Darul Kifayah pada 28 Mac 2024. 

Lebih menarik, majlis tersebut dihadiri tetamu istimewa iaitu Timbalan Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay.

Selain pemberian duit raya sebagai persediaan untuk menyambut hari lebaran tidak lama lagi, pelajar-pelajar turut bertuah kerana berpeluang mendengar kata-kata semangat dan ucapan motivasi daripada Timbalan Ketua Polis Negara itu. 🕌🕌

👪👪👪 Darul Kifayah telah ditubuhkan pada tahun 1983 untuk menjaga kesejahteraan anak yatim, saudara baharu dan pelajar-pelajar miskin dengan mengadakan tempat kediaman sementara, memberi bimbingan agama serta akhlak dan mengadakan kemudahan pendidikan yang sempurna.Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang Q Bistro boleh layari laman web: https://qbistro.com/

#CSR #iftar #majlisberbukapuasa #iftaranakyatim #darulkifayah #NasiKandarDelight #QBCulinaryExperience #LembahKlangEats #FlavorfulJourney #FreshlyCookedGoodness #QBCuisineAdventure #SedapnyaNasiKandar #FoodieFiesta #QBFreshFlavors #MustTryQBChefSpecials

Q BISTRO RAIKAN ANAK YATIM DARUL KIFAYAH