NASI LEMAK ISTIMEWA DI SINI 

Di Malaysia memang terkenal dengan seni kulinarinya yang beraneka ragam  yang dipengaruhi oleh pelbagai budaya. Tetapi, ada satu hidangan Malaysia yang sering dianggap sebagai hidangan kebangsaan Malaysia, iaitu Nasi Lemak! 

Walaupun kita di Malaysia ini berbeza bangsa, agama dan keturunan, semuanya memang akan suka sangat dengan hidangan nasi wangi yang dimasak dengan santan dan daun pandan ini. Tambahan lagi, dihidangkan dengan sambal pedas, ikan bilis rangup dan telur🤤. 

Di Q Bistro kami ada pelbagai lauk istimewa yang anda boleh cuba seperti Nasi Lemak Ayam Q, Nasi Lemak Daging Rendang dan banyak lagi🤯. 

Rugi kalau tak cuba dekat Q Bistro sekarang!