Petugas Q Bistro Jalani Ujian Kesihatan HSP 3.0

Petugas Hajris F&B Sdn. Bhd., dengan kerjasama PSV Lab dan Poliklinik Sri Prima Puchong menjayakan Program Saringan Kesihatan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) 3.0 (HSP 3.0).

Program itu berlangsung di Ibu Pejabat Q Bistro di Bandar Sri Permaisuri, Cheras pada jam 12 hingga 1 tengah hari, 13 March 2024.

HSP 3.0 menawarkan pemeriksaan kesihatan percuma kepada pencarum dengan skop ujian kesihatan yang lebih komprehensif.

HSP 3.0 yang mula ditawarkan sejak 16 Mei 2023 akan berakhir pada 31 Disember 2024.

Perkeso menyasarkan lebih 2.2 juta pekerja berinsurans berumur 40 hingga 59 tahun termasuk mereka yang pernah menjalani HSP sebelum ini.

#saringankesihatanperkeso #hsp30 #NasiKandarDelight #QBCulinaryExperience #LembahKlangEats #FlavorfulJourney #FreshlyCookedGoodness #QBCuisineAdventure #SedapnyaNasiKandar #FoodieFiesta #QBFreshFlavors #MustTryQBChefSpecials