Q Bistro Sediakan Makanan Pada Program Jelajah Iftar Ala Madinah

Q Bistro Sediakan Makanan Pada Program Jelajah Iftar Ala Madinah.

Q Bistro berbesar hati selepas diberi peluang menyertai Jelajah Iftar Ala Madinah Mydin di cawangan USJ 1, Subang Jaya, Selangor pada 15 Mac 2024.

Pada program yang memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menikmati keindahan berbuka puasa secara beramai-ramai dan merapatkan silaturahim itu, Q Bistro terlibat dalam penyediaan makanan.

Sambutan sangat menggalakkan dan lebih 600 bungkus nasi habis diedarkan kepada pengunjung tanpa mengira bangsa dan agama menerusi pemberian makanan percuma itu.

Jelajah Iftar Ala Madinah akan turut berlangsung mengikut tarikh ditetapkan di enam cawangan lain iaitu Mydin Seremban 2 (Negeri Sembilan), Mydin MiTC (Melaka), Mydin Meru Raya (Perak), Mydin Bukit Mertajam (Pulau Pinang), Mydin Gong Badak (Terengganu) dan Mydin Tunjong (Kelantan).

#JelajahIftarAlaMadinahMydin #QBistro #NasiKandarDelight #QBCulinaryExperience #LembahKlangEats #FlavorfulJourney #FreshlyCookedGoodness #QBCuisineAdventure #SedapnyaNasiKandar #FoodieFiesta #QBFreshFlavors #MustTryQBChefSpecials